MENJADI SUAMI IDAMAN ISTRI
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Banyak SUAMI lupa
mengenai hal ini.
Jika sudah
mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah
isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan
Tuhan adalah yang terbaik.
Suami
‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa.. Coba tanya diri apakah sifat atau amalan yang
boleh dibanggakan isteri anda.
Pastikan
anda ada saat untuk bercengkrama dengan isteri setiap hari. Semua
isteri bahagia apabila dapat bercengkrama dengan suami. Berapa menit
yang anda luangkan untuk isteri setiap hari?
Setiap hari
pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri
dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah
apabila sampai ke rumah.
Pastikan
anda bergurau senda dengan isteri di dalam kendaraan semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Ramai suami membazir
masa dengan membisu semasa di dalam kendaraan.
Telpon
isteri ataupun kirim SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan merasa senang dan bahagia
apabila mendapat panggilan ataupun SMS tersebut dan merasa diperhatikan.
Hiburkan
hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami
isteri.
Amalkan
makan bersama setiap hari. Bersedau-gurau mesra dan nasihat menasihati
semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan
hubungan.
Ajak isteri
mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah
sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Bantu
isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan
beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
Amalkan
ajaran Agama kepada keluarga sesering mungkin. Amalan ajaran Agama
menarik hidayah Allah, mempereratkan hubungan dan menyelesaikan banyak
masalah.
Pastikan
penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Banyak
suami inginkan isteri yang baik, tetapi mengabaikan penampilan diri
sendiri. Mana adil ?
Didik
isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan
tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.
Berikan
nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.
Banyak suami mengabaikan nafkah karena isteri bekerja. Banyak suami yang
berprasangka buruk. Ini menyebabkan isteri menderita dan rumah tangga
terancam.
Jadikan
penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemauan dan peka
kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga
sejahtera.
Senantiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
Suami
mithali sentiasa menyimpan rahasia isteri. Banyak suami secara sengaja
ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain.
Ini wajib dihentikan.
Muliakan
keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeda-bedakan
antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga
isteri. Anda bagaimana?
Bentuk
sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan indah.
Suami yang tidak cemburu adalah celaka. Isteri amat suka apabila
suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
Jadilah
suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah
isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri
mudah masuk syurga.
Tegur
kesalahan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan
sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,
isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
Gunakan
Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘ROLE MODEL’. Hidupkan amalan sunnah dalam
rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga
bagi mendapat hikmah.
Mendahulukan keperluan isteri dari pada orang lain.. Ini adalah tertib
memberi khidmat. Banyak suami yang melebihkan orang lain daripada
isterinya. Hindarilah kesalahan ini.
Suruh
isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telfon
atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang
fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
Cintai
isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh
kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman
dan takwa.
Sentiasa
berubah secara positif. Sebelum coba ubah isteri dan keluarga, ubah diri
dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami
cemerlang, isteri akan gemilang.
Pamer
keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Banyak suami tidak ambil
cerita dengan keluarga mereka. Coba tanya apa lagi khidmat tambahan yang
patut diberikan kepada keluarga.
Pamer
kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,
bijaksana, dapat membuat keputusan dan cakap menyelesaikan masalah.
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Banyak lelaki
mencoba hormat wanita tertentu saja. Banyak isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu
rumah.
No comments:
Post a Comment